Kak Murni atau nama sebenarnya Mursiyem Murni Binti Sudaryo adalah ahli dan pengguna Pusat Internet Sungai Panjang. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa pada awalnya. Kini setelah mengikuti beberapa sesi latihan keusahawanan yang telah dijalankan, beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan makanan dengan menghasilkan produk sejuk beku ayam perap berempah disamping mengambil pesanan Nasi Kukus untuk sebarang acara atau majlis. Beliau membuat hebahan atau mengiklankan perniagaan secara online seperti melalui aplikasi whatsapp dan media sosial seperti facebook. Pesanan dan sambutan pelanggan semakin menggalakkan kerana semakin ramai yang mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh beliau. Penghantaran adalah percuma bagi kawasan sekitar yang berdekatan manakala sedikit caj penghantaran dikenakan jika pelanggan berada jauh dari kawasan operasi perniagaannya. Beliau hanya menjalankan perniagaan hanya dari rumah kerana semua peralatan dan kelengkapan memasak sudah tersedia. Kini beliau boleh menarik nafas lega kerana berjaya membantu mengurangkan beban keluarga. Kepada anda yang ingin mencuba ayam perap berempah sejuk beku dan nasi kukus Kak Murni, bolehlah menghubungi beliau melalui panggilan atau whatsapp melalui nombor telefon 011-5670 9118. Anda juga boleh melawati facebook beliau iaitu Murni Nur Wahyu.