mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan November : Program Keselamatan Internet NADI “Safe & Shield” Kluster Sabak Bernam Bersama Para Pelajar SK Binjai Jaya


Tujuan 

Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta mempromosikan inisiatif NADI dan peranannya kepada pelajar SK Binjai Jaya, Sungai Besar. Selain itu, melindungi pelajar dan memberi kesedaran melayari internet. Program ini diharap dapat membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti

1. Sesi taklimat mengenai pengenalan dan promosi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) iaitu peranan, perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang terdapat di NADI.

2. Sesi taklimat kesedaran mengenai Keselamatan Internet NADI “Safe & Shield”

3. Sesi kuiz untuk para pelajar untuk mengukur kefahaman.

Gambar disinii