mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2025: NORAZIAN BINTI TARLI (MAHIR JAHIT)

NamaNorazian Binti Tarli
Umur44
Ahli27/12/2024

Latar belakang

Puan Norazian berusia 44 tahun menetap di Parit 13 Sungai Panjang. Beliau telah mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2024 semasa beliau berusia 43 tahun. Oleh kerana faktor rumah berdekatan dengan NADI, Puan Norazian sering mendapatkan bantuan dan menggunakan perkhidmatan di NADI. Selain itu, berkat menjadi ahli NADI, Puan Norazian mudah untuk mengakses program-program kemahiran yang dijalankan di NADI.

Sebelum program Mahir / penglibatan NADI

Sebelum adanya program Mahir Jahit, Puan Norazian hanyalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa yang bertanggungjawab menguruskan rutin seharian sebagai seorang isteri dan ibu yang sangat berminat dengan jahitan. Namun, atas kekangan masa dan tempat, beliau tidak dapat mengikuti kelas-kelas jahitan online yang lebih teratur.

Selepas program Mahir/ penglibatan NADI

Selepas mendaftar sebagai salah seorang peserta program Mahir Jahit 1, Puan Norazian sangat komited mengikuti kelas yang di jalankan secara atas talian di NADI. Beliau juga rajin dan tekun dalam mempelajari teknik dan asas jahitan yang diajarkan oleh cikgu selama 13 minggu. Walaupun belajar secara atas talian, beliau kini mampu untuk menghasilkan baju kurung sendiri daripada mengukur ukuran badan, melukis pola, dan seterusnya menjahit fabrik untuk dijadikan sepasang baju.