mcmc
KeselamatanMaklumat SetempatPendidikan

Jangan biarkan anak kita jadi pembuli senyap.

Anak kita tak pernah tumbuk orang, tapi mungkin dia pembuli.
Buli bukan selalu tinggalkan lebam di badan.
Kadang, ia meninggalkan luka yang tak nampak di hati.
Daripada ‘lawak’ yang memalukan.
Daripada geng yang memilih siapa layak berkawan.
Daripada bisikan kecil yang meruntuhkan keyakinan orang lain.
Sedikit demi sedikit, semangat mangsa ini semakin pudar.
Ia bukan gurauan, ia adalah luka.
Kita takkan tahu, sampai satu hari mereka memilih untuk diam selamanya.
Kenal pasti tanda-tandanya.