Jangan anggap ia sekadar selsema biasa. Kadangkala batuk yang berterusan adalah tanda awal penyakit serius seperti TB (batuk kering), masalah paru-paru kronik, atau kesan dari pencemaran udara dan asap rokok.
Catat bila batuk bermula dan bila ia paling teruk.
Perhatikan juga jika ada gejala lain seperti demam, kahak berdarah atau berat badan menurun.
Batuk mungkin kelihatan ringan, tapi jika berlarutan ia boleh jadi amaran.
Dengar isyarat badan.
Rawat awal, elakkan risiko.
Sumber: Public Health Malaysia (Facebook Page)