mcmc
Persatuan Belia

Belia Harapan Negara

Seperti kawasan atau kampung lain, kampung Parit 16 dan kampung-kampung bersebelahan di kawasan Sungai panjang ini juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, persatuan kompang, silat, pasukan futsal dan sebagainya. 

Aktiviti gotong-royong biasanya diatur oleh pihak JKKK, JKKKP dan masjid bagi membersihkan kawasan sekitar secara bersama-sama. Selain sebagai aktiviti sihat, gotong-royong juga adalah salah satu contoh platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk serta saling mengenali.