Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Panjang dahulunya terletak di Kampung Batu 4 Sapintas, Sabak Bernam dan dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia Batu 4 Sapintas. Nama asal Pusat Internet 1Malaysia Batu 4 Sapintas adalah Pusat Jalurlebar Komuniti yang telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia beroperari di Balai JKKK kampung tersebut selama 5 tahun. Ketika itu Pusat Internet 1Malaysia Batu 4 Sapintas telah diletakkan dibawah fasa II projek pembangunan Pusat Jalurlebar Komuniti. Setelah tamat kontrak operasi sebagai Pusat Internet 1Malaysia Batu 4 Sapintas pada tahun 2015, fasa II telah disambung perkhidmatan dengan dikenali sebagai fasa II extension.
Setelah fasa baru diwujudkan, maka kami telah berpindah ke kawasan yang baru dengan kemudahan bangunan yang baru memandangkan balai JKKK di Batu 4 Sapintas semakin uzur dan tidak sesuai untuk dibangunkan semula pusat internet yang baru. Kini kami beropeasi di Parit 16 Sungai Panjang dengan nama baru iaitu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Panjang.