Pisang Goreng Kak Noli antara deretan gerai makan yang terdapat di Parit 16 Sungai Panjang. Keistimewaan pisang goreng disini adalah saiz pisangnya yang besar atau bersaiz “Jumbo” selain daripada ranggup diluar dan lembut didalam serta rasanya yang enak. Selain daripada pisang goreng, pemilik gerai ini mempelbagaikan bahan jualan seperti cekodok pisang, keledek goreng, labu goreng, sukun goreng dan pelbagai jenis minuman. Pelanggan boleh menikmati makanan di gerai itu sendiri ataupun bungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Jika anda berkunjung ke sini, jangan ketinggalan untuk singgah di gerai pisang goreng ini.